Monday, August 31, 2009

salam ramadhan kareeem....mari kita sama2 meningkatkan amalan yang ditawarkan oleh Allah s.w.t pada bulan yg mulia ini.....

Monday, June 29, 2009

hai

hai........
lama tak menjenguk blog ni...hambatan kerja harian yang tak pernah habis...rindunya perasaan ini pada memori zaman persekolahan...sukar untuk dibayangkan keindahannya...andai masa dapat diputar, pastinya aku akan putar masa kembali ke zaman itu...tapi hakikat perlu dihadapi...hidup perlu diteruskan..umur makin menjengah dewasa, tua makin memanggil diri...persediaan perlu dibuat, amalan ikhlas menjadi taruhan, anak-anak menjadi saham akhirat.....ya Allah bimbinglah diri ini...

Sunday, May 24, 2009

salam....

apalah nasib badan...masih tidak dapat apa yang dicapai...Ya Allah...berilah ketabahan dan kesabaran pada hambaMu yang kerdil dan lemah ini...Aku akur akan ketentuan dan kehendak Mu....

Monday, May 18, 2009

assalamualaikum....

semoga semua dalam keadaan baik...dalam meniti hari-hari yang semakin merangkan tua, pelbagai cabaran yang harus ditempuhi dengan sabar...banyak perkara yang berlaku hilang dengan masa, airmata, kesedihan yang amat panjang, kalau diikutkan hati memang tak ada kesudahan. Tetapi dalam meniti arus dunia yang sementara ini, kematangan dan keterbukaan dada amat penting....mengalah bukan ertinya kalah...diam bukan tanda setuju..apa-apa pun kita pohonkan kepada Allah agar diuraikan segala kekusutan. Hanya Dia Yang Maha Mengetahui....

Saturday, May 2, 2009

alhamdulillah.....syukur

kadang-kadang dalam hidup ni dek kerana banyak sangat nikmt, kita lupa mengucapkan syukur kepada-Nya....dalam dunia yang serba serbi kiri kanan mengejar kebendaan, kita lupa pada yang Maha Pencipta...yang mencipta segalanya dan Maha Berkuasa.....
Kesihatan, keamanan, peluang yang ada seperti masa, anak, wang dan sebagainya..sepatutnya kita amat syukuri...dan aku menadahkan kesyukuran atas segalanya...berbanding dengan orang lain yang lebih rendah tarafnya dari kita.....

Wednesday, April 22, 2009

minggu bahagia

slm... lama tak update blog ni...cerita sama..cuma seronok bila kita jumpa seseorang rakan yang amat memahami kita, berbual, bergelak ketawa, berkongsi suka duka menghiasi laman kehidupan...cuma mendengar suara, lama tak jumpa..bila la agaknya boleh jumpa mata..tuntutan kehidupan menjarakkan kita...masing-masing membawa haluan...semoga satu hari kisah suka duka kita akan terakam dalam lipatan sejarah kita temanku....

Wednesday, April 15, 2009

pengalaman kena fitnah....
rasa bengang juga pada mulanya...tapi aku cepat-cepat beristighfar...Allah Maha Mengetahui...
mungkin ada juga hikmahnya....berhadapan dengan manusia yang pelbagai ragam ni banyak kena sabar...apa pun kebenaran akan terbukti..sooner or later.....Allahu Akbar....